Tuesday, 22 November 2011

Benda free, sapa xmau...?

Macam yang aku tulih kat tajuk 2, BENDA FREE, SAPA XMAU...? X perlu nak capslock bagai woi....suka hati aku la nak CAPSLOCK ke x...Kat fakulti aku tadi yakni fakulti undang-undang tercinta ada buat klinik pasal CLINIQUE...Faham apa aku cakap? Klinik pasal Clinique...Faham la, ingat aku biol sangat ke...Kat klinik tu ada la moderator dari CLINIQUE Cosmetic bagi talk pasal macam mana nak apply make up, nak apply toner moisturiser segala bagai 2....Aku pun tertarik nak join talk ni sebab sapa yang join dapat goodie bag n dalam goodie bag tu ada skincare product Clinique worth Rm200...Macam yang aku cakap kat tajuk, SAPA XMAU barang mahal, free lak tu...

Moderator 2 ada la ajar step2 ber makeup...Kat bawah ni aku nak share apa yang moderator tu share dengan aku tadi....Tak kira la ngko tu cantik ke, hudoh ke, bole je baca n try cara ni...

  1. cuci dulu muka korang dengan facial cleanser. Kalau nak beli facial cleanser, cuba jangan beli yang jenis banyak buih sebab nanti natural oil akan hilang n jadikan muka korang tegang semacam hingga menciutkan macam bunyi pinggan yang dibasuh...
  2. Apply toner. Jangan skip part toner ni sebab toner ni untuk hilangkan dead skin cell. Sel kulit mati ni la yang sebabkan pori tersumbat n then menjemput cik jerawat untuk menunjukkan dirinya yang hudoh itu.
  3. Sapu moisturiser. Moisturiser ni op kos la untuk lembabkan kulit supaya x menggelupas cam hantu. Benda tu jugak mampu cerahkan kulit ngko yang x berapa nak cerah 2..
  4. Sebelum makeup tu pakai la foundation untuk tutup segala parut kat muka tu. Sebaiknya pilih yang ada spf 25++ n ke atas yang boleh cegah UVA, UVB n UVC. A-ageing, B-burning, C-cancer.
  5. Masa nak apply toner, moisturiser n foundation tu ada step dia. Bahagikan bahagian dahi n pipi kepada 3 bahagian. Bila tenyeh toner tu, pastikan jangan berulang alik. Paham tak berulang alik tu apa? Jangan sental 2 hala, cukup dengan sehala ja. (moderator tu yang cakap,bukan aku).
Bahagikan muka ngko macam muka Mak Limah ni. Dahi, hidung, dagu, pipi. Kat dahi n pipi tu ada line merah kan? Apply toner ikut 3 kawasan yang terpisah tu. Ingat, jangan sapu secara pergi balik ye..Ni bukan tiket penerbangan, ni muka korang. Korang cuma ada 1 muka ja so jangan nak apply toner macam korang tengah mop lantai lak.
Ni la mende yang aku dapat tuh. Dia bagi moisturuser ngan mascara...Ok la tu, aku pegi pun bukan kena bayar, CLINIQUE tuh....Mang sampai kiamat pun aku x mampu n xkan beli benda mahal ni..

No comments:

Post a Comment