Monday, 14 November 2011

Simply halal....

Sekarang ni memang banyak jenama baru make up yang keluar kat pasaran tapi ramai yang tak tahu status halal produk tu...Sebagai umat Islam mencari yang halal tu kan fardhu...so,kita orang perempuan ni memang kena berhati-hati masa nak beli barang make up ni...Entry kali ni aku nak share pasal make up dan produk penjagaan kulit halal jenama SIMPLY SITI. Produk ni memang dah terbukti halal dah, xpayah nak ragu-ragu lagi. nak pakai sembahyang pun boleh..Baru-baru ni aku baru beli produk penjagaan kulit Simply Siti .Since kulit muka aku ni agak berminyak aku pilih set clear solution. Jom kita zoom harga produk ni...
Pencuci ni harganya RM 14.50 je...bila pakai rasa muka ni ringan je....buih pon banyak,wangi plak tu...
lepas cuci muka dgn cleanser, aku pakai toner ni. Fungsinya nak kecilkan liang pori n buang sel kulit mati. Wangi gila toner ni...best je pakai..harga benda ni RM14.50 gak...
lepas pakai toner, aku sapu krim ni plak..sifat n fungsi krim ni sebijik macam BB krim yang dari Korea tu. Sebelum ni aku pakai BB Magic Cream ETUDE HOUSE dari Korea, tapi teringin plak nak try jenama ni.Hasilnya, thumps up untuk Siti. Krim ni halus sangat bila sapu kat muka, bau pun wangi..harga RM 33.80, lagi murah kalau nak dibandingkan dengan BB krim Etude House yang aku pakai sebelum ni..
since krim simply 5 tu membuatkan kulit aku nampak agak berkilau, aku tempek sikit compact powder ni untuk sapuan terakhir..bedak ni best sebab ada cover yang pisahkan antara puff n powder tu, so nampak bersih sangat. bedak ni halus n wangi macam compact powder Etude House yang dari Korea tu. Harga pun lagi murah cuma RM 39.80 je..Bedak ni ada SPF 30++, tu yang aku suka sangat. kat bawah ni gambar powder ni dari dalam...



Selain dari barang2 kat atas tu aku ada beli mask jugak..Nama dia Natural Clay Mask...Mask ni cuma pakai 2 kali seminggu ja. Fungsi mask ni untuk bersihkan liang pori2 yg tersumbat, kurangkan minyak n singkirkan sel kulit mati. Harga pon ok je, RM 20.80.



Kalau lepas baca entry aku ni tiba2 nak try pakai produk ni, pegi la cari kat Watson berdekatan...Apa yang boleh aku cakap, lepas aku try produk ni acne aku dah macam malu2 je nak keluar...2 yang best tu...kulit aku pun nampak sihat n licin. Jangan nak bangga2 produk dari luar tu, try produk milik bumiputera kita pun hebat woo...Bagi gadis2 n wanita2 yang nak sangat kulit macam artis Korea tu boleh la try produk ni sebab produk ni dibuat kat Korea nun dengan teknologi kat sana...that's why la aku cakap produk ni setanding dengan produk kat sana..lagi pun aku dah berpengalaman pakai produk dari Korea sebab tu aku berani cakap produk Siti ni setanding dengan Korea punya..apa lagi, pegi r serbu Watson..hehe

1 comment:

  1. tahu xpe..jrwt da segan skrg nie...thumb up la!! sye pun pkai jenama nie jugak.tp belum cuba lgi clay mask tu..n tercri2 jugak harga dlm mr google nie.nk bodek mak suh beli kn..n jumpa..tq 4 ur n3 dear.

    ReplyDelete