Monday, 19 December 2011

sahabat....untuk selamanya.

Petang tu macam besa aku mengemas tadika lepas semua student2 diambil parents masing2. Tengah dok asyik menyapu sampah, tiba2 phone aku berdering. Aku jawab. Kawan aku yang kol. Dayah nama dia. “Assalamualaikum Ros, aku ada benda nak bagitau, aku harap hang sabaq”. “Benda apa? Dok buat saspen plak“. “ Tadi kakak Ina kol aku, dy kata Ina tengah koma kat hospital, dy eksiden malam semalam”. “Weh, hang biaq betui, dak2, hang tipu, hang saja nak main2 dengan aku kan?...” Air mata aku dah mula berjurai...”Dia kat mana la ni?” “Dia kat hospital Kepala Batas”....”Ok2, aku pi skarang”. Jari aku terketar2 kol kawan kelas aku yang tinggal dekat dengan tadika tempat qeja aku. Tapi malangnya kredit plak tinggal 2 sen. Aku cepat2 buat SOS topup, alhamdulillah...boleh. “Assalamualaikum Yang...” Aku menangis teresak-esak di hujung talian. “Awat ni? Kenapa menangis? Cuba cerita pelan2,” Ijah cuba tenangkan aku yang dah teresak-esak. “Yang, mai ambik oqang la ni jugak boleh dak? Oqang nak pi hospital, Ina eksiden.”

15 minit lepas 2 Ijah sampai. Sepanjang perjalanan aku dok menangis ja atas moto. Aku dah tak kisah dah oqang dok pandang-pandang. Aku dah macam oqang mati laki, sedih, takut, menyesal suma nya bercampur-baur. Menyesal tu sebab 2 hari lepas aku marah n tak puas hati dengan Ina sebab dia cancel nak mai melawat aku kat tempat aku qeja. Alasan dia sebab dia selesema. Aku rindu sangat kat dia n berharap sangat dia boleh mai tempat aku qeja petang 2 tapi alih2 dia cancel.

Sampai kat hospital aku tengok dia terbaring kaku. Banyak wayar yang terpasang kat badan dia, dengan topeng oksigen lagi. Hati aku sebak hanya Allah saja yang tau. Kat situ ada kakak dia, mak ayah dia, abang2 n kakak ipar dia. Mulanya aku ingatkan dia koma kejap ja, sebulan dua dah boleh sembuh. Hati aku tenang sikit. Tapi sangkaan aku meleset. Kakak dia ajak aku bercakap kat kaki lima wad 2. Kakak dia cakap Ina dah tak dak harapan. Doktor kata dia dah tak boleh diselamatkan. Hanya tunggu masa ja sebab tengkorak belakang kepala dia dah hancur. Paramedik yang angkat dia kat tempat kejadian kata masa angkat tu belakang kepala dia lembut, macam tengkorak tu dah hancur sebab dia terheret jauh dari moto.  Ya Allah ya Rabbi, hancur berkecai hati aku dengaq. Aku cuba bertahan tapi akhirnya air jernih ni degil membasahi pipi. Kakak dia cakap ada oqang terjumpa dy terbaring kat atas jalan. Jarak dia dengan moto lebih kurang 2 meter. Helmet dia dah melayang ke mana pon tak tau. Yang lebih buat aku hiba sangat, kejadian 2 jadi betul2 depan jalan rumah aku. Polis kata kemungkinan langgaq laqi. Tambah kakak dia lagi, dia dalam perjalanan nak pi keja lepas balik rumah menunaikan solat maghrib. Ya Allah, besar sungguh dugaan yang Kau beri pada keluarga ni. Baru ja minggu lepas kakak dia eksiden kat Kelantan sampai kaki kena simen, minggu ni si adik pulak yang kecelakaan. Ya Allah, tabahkanlah hati mak ayah Ina.

Petang tu hujan turun rintik2. Semacam tau ja perasaan aku masa 2. Oleh sebab masa 2 dah nak maghrib, aku mintak diri untuk balik n janji akan datang lagi esok. Malam 2 aku bermunajat pada Allah minta semoga Allah berikan Ina peluang kedua untuk hidup walaupun aku tau mustahil untuk Ina terus hidup. Malam 2 malam yang paling ‘gelap’ n ‘panjang’ yang pernah aku rasa. Takut kehilangan sahabat yang telah jadi peneman hidup aku sejak dari sek rendah sampai la sek menengah. Tambahan pulak cuma tinggal 20 hari ja lagi kami nak ambil result STPM, result perjuangan kami selama ni. Tiba-tiba aku terpaksa terima kenyataan yang aku x berkesempatan ambil result tu dengan Ina. Sebak hati ni dah tak tertanggung lagi dah.

Keesokan harinya aku digemparkan dengan berita yang membuatkan aku terasa ‘hilang’ dari dunia nyata. Kakak Ina kol cakap yang ayah dia minta nak bukak mesin pelanjut hayat. Aku minta cuti sehari n berkejar ke hospital. Sampai ja kat tempat parking moto, aku nampak ramai classmate aku menuju ke wad Ina. Aku terus berlari tanpa pedulikan orang ramai yang memandang. Mulanya aku mempersoalkan tindakan ayah Ina untuk minta doktor bukak mesin 2 tapi akhirnya aku faham kenapa ayah dia minta macam 2. Ayah dia x mau lagi Ina terseksa n redha dengan ketentuan Ilahi. Ayah dia minta aku n kawan2 menyebut 2 kalimah syahadah ke telinganya. Sesungguhnya itulah permintaan yang paling berat pernah aku terima. Lepas pukul 12 tengahari, kelihatan semakin ramai kawan2 n cikgu yang datang menziarah. Oleh sebab aku kawan yang paling rapat dengan Ina, ayah Ina memanggil aku duduk disamping Ina. Aku anggap itu satu penghargaan terakhir dari keluarga Ina buat aku sebagai teman rapatnya. Aku usap tangan Ina yang sejuk kaku sambil diperhatikan semua orang yang hadir memberi penghormatan terakhir. Aku bisikkan ke telinganya, “aku sayangkan hang sampai bila-bila”... Tepat pukul 2 lepas solat Jumaat doktor bukak semua wayar yang berselirat di badan Ina. Tamatlah sudah perjalanan seorang hamba Allah di muka bumi ini. Tarikh 5 februari 2010 xkan pernah aku lupakan. Innalillahwainnailaihirojiun..Tiada kata-kata yang mampu gambarkan perasaan aku waktu tu. Kehilangan seorang teman seperjuangan dan sahabat amat menyakitkan. Jenazah arwah dibawa pulang ke rumah n dikebumikan malam tu jugak.



*cerita ni adalah kisah benar yang terjadi kat aku. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tuliskan tapi aku terpaksa shortcut kan kisah ni sebab aku dah tak boleh tahan air mata masa karang kisah ni. Bagi sesiapa yang membaca, aku minta sedekahkan al-Fatihah kepada sahabat aku. Semoga roh nya ditempatkan disisi orang yang beriman.Amin. Andai kau bisa mendengar Ina, ingin aku katakan bahawa perjuangan kita di tingkatan 6 tak sia-sia. Saat aku mengambil result ku, tidak ku lupa untuk ambil result mu sekali. Aku tak sangka aku akan ambil 2 keping slip result mewakili dirimu.  Kita dapat result yang cemerlang dan cita-cita yang pernah aku ceritakan padamu dulu untuk menjadi peguam bakal terlaksana. Terima kasih untuk segala-galanya sahabatku. Tenang lah mu disana.

No comments:

Post a Comment