Monday 3 October 2011

Maxim La Jarimah wa Ala Uqubah illa bi al-Nas

Aplikasi maxim la jarimah wa ala uqubah illa bi al-Nas (tiada jenayah dan hukuman kecuali dengan adanya nas) dalam jenayah hudud, qisas dan takzir.


Maxim ini digunakan dalam Undang-undang jenayah Islam yang menekankan setiap kesalahan jenayah terutamanya dalam jenayah yang melibatkan hudud dan qisas mempunyai nas-nas syarak daripada Al-quran dan As-sunnah. Manakala kesalahan jenayah takzir mempunyai skop yang lebih luas yang mana segala kesalahan jenayah dan hukuman kepada jenayah tersebut yang tidak dinyatakan dalam Al-quran dan As-sunnah, ia jatuh di dalam takzir yang mana hukumannya ditentukan oleh pemerintah atau penggubal undang-undang sesebuah negara. Kesalahan dan hukuman takzir pada masa kini wujud dal statut2 sepeti enakmen negeri, akta2 dsb.


Berbalik kepada perbincangan mengenai nas-nas syarak yang menyebut tentang kesalahan hudud dan qisas. Setiap kesalahan hudud ( zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, murtad dan penderhakaan) mempunyai nas-nas yang jelas tentang larangan dan hukuman bagi kesalahan tersebut. Dalam kesalahan zina, autoritinya terdapat dalam surah Al-Isra' :32 yang bermaksud 'Dan janganlah kamu mendekati zina' dan hukumannya dalam surah An-Nur :2 yang bererti 'Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap2 seorang dari keduanya seratus kali dera'. Dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Jamaah bermaksud '  Ambillah (keputusan ini) dariku. Allah telah menentukan kedudukan mereka. Dara dengan teruna rotan seratus kali dan buang daerah selama setahun, manakala yang sudah berkahwin sratus rotan dan rejam dngan batu'.

Dalam kesalahan menuduh zina pula Allah s.w.t berfirman dalam surah An-nur: 4 yang menyatakan sesiapa yang menuduh wanita yang baik berzina tanpa mempunyai 4 orang saksi, maka orang itu boleh dirotan sebanyak 80 kali dan kesaksiannya tidak akan diterima selama-lamanya. Bagi kesalahan minum arak pula, nas syarak terkandung dalam surah Al-Maidah : 90 yang bermaksud 'Sesungguhnya (meminum) arak, berjudi (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, kerana itu jauhilah perbuatan 2 itu'. Rasulullah s.a.w bersabda 'Setiap yang memabukkan adalah haram'.

Bagi kesalahan mencuri pula, kesalahan dan hukumannya terkandumg dalam surah Al-Maidah: 38 yang mengenakan hukuman potong tangan terhadap si pesalah. Kesalahan merompak jelas terdapat dalam surah Al-maidah : 33 yang bermaksud 'Sesungguhnya pembalasan bagi orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi ialah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan atau kaki mereka dengan bertimbal balik(bersilang) atau dibuanga dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mreka beroleh seksaan yang besar.'

Nas Al-quran yang menyatakan kesalahan murtad ialah dalam surah Ali' Imran :85 iaitu 'Dan barangsiapa mencari agama lainselain agama Islam maka sama sekali tidak akan diterima (agama itu) darinya.' Rasulullah juga ada bersabda mengenai hukuman bunuh bagi mereka yang murtad. Dan akhir sekali kesalahan  pemberontakan Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-hujarat : 9 yang bererti 'Dan jika ada dua golongan dari orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.'
Nas ini mengharamkan pemberontakan dan menerangkan hukumannya iaitu memerangi mereka sehingga mereka kembali ke jalan Allah.

ADAB-ADAB BERDOA

Allah berfirman: “Minta doalah daripada-Ku, nescaya akan aku menerima doamu”.(Al-mukmin: 60)
 1.      Memilih waktu yang baik waktu berdoa seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadhan, waktu  sahur, waktu malam dan sebagainya.
2.      Memilih suasana yang baik seperti semasa sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang, waktu diantara dua khutbah dan sebagainya.
3.      Mengadap kiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya danmenyapu kedua-dua tangan ke muka setelah selesai berdoa.
4.      Tidak mengangkat suara di waktu berdoa.
5.      Berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepadaNya.
6.      Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepada-Nya.
7.      Susunan kata-kata doanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
8.      Doa denganpenuh khusyuk dan diulang-ulang sebutannya.
9.      Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat keatas Nabi.
10.  Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
11.  Bersih badan daripada kekotoran hadas dan najis.

CARA-CARA KHUSYUK SOLAT

1)      Sembahyang berjemaah ; yang paling afdal ialah di masjid.

2)      Menjaga makanan dan minuman yang halal dimakan dan diminum. Haruslah didapati daripada sumber yang halal begitu juga makanan yang syubhat (yang samar hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas). Contoh, memakan seekor semut mematikan hati selama 40 hari.

3)      Memperbanyak sedekah kepada fakir miskin.

4)      Jangan sembahyang dengan menahan buang air kecil atau besar. Selesaikan terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul keraguan atau kebimbangan dalam sembahyang.

5)      Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau doa apabila air mengalir di setiap anggota.

6)      Memakai pakaian yang bersih dan kemas seakan ingin menghadap orang besar.

7)      Sembahyang di awal waktu. (Melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir ,maka solat Isyak boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu.)

8)      Pastikan tiada gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.

9)      Mengingati mati dan kemungkinannya sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.

10)  Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.

11)  Memenuhi dada dengan perasaan takut dan gerun terhadap Allah yang sentiasa melihat gerak geri kita.

12)  Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Al-quran dan segala zikir.

13)  Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat keatas Nabi, Istighfar dan bacaan-bacaan lain untuk jauhi gangguan syaitan.

14)  Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa sembahyang.

15)  Memusatkan ingatan terhadap sembahyang.

16)  Memanjangkan masa rukuk dan sujud.

17)   Memastikan tiada gangguan di kawasan sembahyang.

18)  Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

19)  Hendaklah memandang ke tempat sujud.