Monday 3 October 2011

Maxim La Jarimah wa Ala Uqubah illa bi al-Nas

Aplikasi maxim la jarimah wa ala uqubah illa bi al-Nas (tiada jenayah dan hukuman kecuali dengan adanya nas) dalam jenayah hudud, qisas dan takzir.


Maxim ini digunakan dalam Undang-undang jenayah Islam yang menekankan setiap kesalahan jenayah terutamanya dalam jenayah yang melibatkan hudud dan qisas mempunyai nas-nas syarak daripada Al-quran dan As-sunnah. Manakala kesalahan jenayah takzir mempunyai skop yang lebih luas yang mana segala kesalahan jenayah dan hukuman kepada jenayah tersebut yang tidak dinyatakan dalam Al-quran dan As-sunnah, ia jatuh di dalam takzir yang mana hukumannya ditentukan oleh pemerintah atau penggubal undang-undang sesebuah negara. Kesalahan dan hukuman takzir pada masa kini wujud dal statut2 sepeti enakmen negeri, akta2 dsb.


Berbalik kepada perbincangan mengenai nas-nas syarak yang menyebut tentang kesalahan hudud dan qisas. Setiap kesalahan hudud ( zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, murtad dan penderhakaan) mempunyai nas-nas yang jelas tentang larangan dan hukuman bagi kesalahan tersebut. Dalam kesalahan zina, autoritinya terdapat dalam surah Al-Isra' :32 yang bermaksud 'Dan janganlah kamu mendekati zina' dan hukumannya dalam surah An-Nur :2 yang bererti 'Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap2 seorang dari keduanya seratus kali dera'. Dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Jamaah bermaksud '  Ambillah (keputusan ini) dariku. Allah telah menentukan kedudukan mereka. Dara dengan teruna rotan seratus kali dan buang daerah selama setahun, manakala yang sudah berkahwin sratus rotan dan rejam dngan batu'.

Dalam kesalahan menuduh zina pula Allah s.w.t berfirman dalam surah An-nur: 4 yang menyatakan sesiapa yang menuduh wanita yang baik berzina tanpa mempunyai 4 orang saksi, maka orang itu boleh dirotan sebanyak 80 kali dan kesaksiannya tidak akan diterima selama-lamanya. Bagi kesalahan minum arak pula, nas syarak terkandung dalam surah Al-Maidah : 90 yang bermaksud 'Sesungguhnya (meminum) arak, berjudi (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, kerana itu jauhilah perbuatan 2 itu'. Rasulullah s.a.w bersabda 'Setiap yang memabukkan adalah haram'.

Bagi kesalahan mencuri pula, kesalahan dan hukumannya terkandumg dalam surah Al-Maidah: 38 yang mengenakan hukuman potong tangan terhadap si pesalah. Kesalahan merompak jelas terdapat dalam surah Al-maidah : 33 yang bermaksud 'Sesungguhnya pembalasan bagi orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi ialah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan atau kaki mereka dengan bertimbal balik(bersilang) atau dibuanga dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mreka beroleh seksaan yang besar.'

Nas Al-quran yang menyatakan kesalahan murtad ialah dalam surah Ali' Imran :85 iaitu 'Dan barangsiapa mencari agama lainselain agama Islam maka sama sekali tidak akan diterima (agama itu) darinya.' Rasulullah juga ada bersabda mengenai hukuman bunuh bagi mereka yang murtad. Dan akhir sekali kesalahan  pemberontakan Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-hujarat : 9 yang bererti 'Dan jika ada dua golongan dari orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.'
Nas ini mengharamkan pemberontakan dan menerangkan hukumannya iaitu memerangi mereka sehingga mereka kembali ke jalan Allah.

No comments:

Post a Comment