1.0 Definisi
Takaful
Kata
dasar bagi perkataan takaful ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin,
menjaga atau memelihara. Takaful merupakan kata nama yang berasaldaripada kata
kerja ‘takafala’, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan
saling memelihara. Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama,
tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan
peserta-pesertanya selaras dengan konsep ta’awun (bekerjasama). Dalil yang
menyatakan mengenai memelihara dan menjaga iaitu di dalam Surah Al-Imran.
“Maka ia (Mariam) diterima oleh Tuhannya
(sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan
didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria”
Menurut
Akta Takaful 1984 (Buku Panduan Asas Takaful, 2007), istilah Takaful membawa
maksud satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuanbersama
yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika
diperlukan di mana mereka bersetuju memberi sumbangan dalam skim tersebut.
1.1 Sejarah Takaful
Konsep takaful yang
diamalkan pada hari ini telah dijalankan sejak zaman permulaan Islam lagi.
Apabila hijrah Rasulullah SAW dan para
sahabat ke Madinah, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam
masyarakatArab sebelum ini tetapi didapati tidak bercanggah dengan syariat
Islam terus dikekalkan. Menurut Sobri Solomon (1989), tiga sistem yang terus
dikekalkan ialahsistem ‘aqilah, qasamah dan akad muwalah. Dalam kitab-kitab
feqah dan sejarah Islam juga dinyatakan terdapat beberapa amalan di zaman
tersebut yang mencerminkan bentuk insurans.
Antaranya
dalam Kitab Sirah Ibn Hisyam dibayangkan bentuk insurans yang diamalkan di
kalangan kaum Muhajirin:“kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai
hak mereka; mereka senasib sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah
(diat) sesama mereka kerana pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan
adil di kalangan orang-orang beriman. Bani ‘Auf (dari Yathrib) tetap
mempunyai hak mereka, tanggung-menanggung wang tebusan diri; setiap
keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan baik dan adil di
kalangan orang-orang beriman
Sistem ‘aqilah telah diperkenalkan oleh
Rasulullah SAW semasa mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan golonganAnsar.
Sistem ini berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab di
kalanganahli-ahlinya. Mengikut sistem ini, setiap ahli sama ada orang-orang
Ansar atau Muhajirin hendaklah mengadakan tabung kewangan bersama yang dikenali
sebagai‘kunz’. Semua pungutan atau caruman yang dibayar oleh ahli-ahli mengikut
tempoh yang telah dipersetujui dimasukkan ke dalam tabung berkenaan. Salah satu
tujuan manfaat tabung ini ialah menyediakan bayaran sebagai bantuan untuk
menolong mana-mana ahli yang terlibat dengan pembunuhan tidak sengaja atau
untuk menebus tawanan perang muslimin daripada musuh.
Sistem
al-Qasamah pula adalah satu sistem bayaran pampasan kepada keluarga yang
terbunuh. Melalui sistem ini, dana dikumpulkan ke dalam sebuah tabung atau
kumpulan wang daripada kutipan caruman ahli-ahli. Manfaat akan dibayar
kepadaahli waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu tidak diketahui siapa
pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar mengenalpasti
pembunuhnyatidak diperoleh. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dari Sa’id bin
A’ta’i:
“Apakah kamu boleh
mendatangkan saksi orang yang membunuhnya? Mereka (golongan Ansar)menjawab:
Tidak. Tanya Rasulullah: Baiklah kalau mereka: (orang-orang Yahudi)bersumpah
untuk kamu? Mereka menjawab: Kami tidak menerima sumpah mereka.Kerana
Rasulullah tidak suka mensia-siakan darah manusia, maka Baginda
memberi diatnya seratus ekor unta kutipan sedekah ”.
Manakala
akad muwallah merupakan satu bentuk perjanjian jaminan. Contohnya jika A
berkata kepada B: “Anda menjadi pelindung (wali) kepada saya, kalau saya
melakukan jenayah tak sengaja, anda hendaklah membayar diat kepada saya.” Kalau
B bersetuju, maka kontrak mereka sah; sekiranya A melakukan jenayah tidak
sengaja maka A akan menyediakan diat dan sebagai ganjarannya B boleh mempusakai
harta-harta A sekiranya ia mati tanpa waris.
1.2 Sejarah takaful di Malaysia
Menurut
Mohd Fadzli Yusof (1996) pula, Syarikat Insuran Islam yang pertamat elah
ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insuran Islam Sudan. Pada awal tahun
1980-an, beberapa buahsyarikat insurans secara Islam mula ditubuhkan termasuk
juga yang beroperasi dinegara-negara Eropah. Antaranya ialah Syarikat Insurans
Islam Arab yang ditubuhkanpada tahun 1979 di Arab Saudi.Di Asia Tenggara,
Malaysia adalah negara pertama yang merintis perniagaaninsurans secara Islam
melalui penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad(STM) yang
memulakan operasinya pada Ogos 1985. Mengikut Mat Hassan Abu Bakar(2003),
objektif penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan
takaful(insurans secara Islam) yang berkualiti secara professional kepada umat
Islam danmasyarakat bukan Islam di negara ini. Pelaksanaan skim Takaful adalah
berdasarkan hukum syara’ yang mengharamkan perkara-perkara seperti
gharar (Ketidakpastian ), Maisir (Perjudian),
Riba (Bunga atau faedah) serta amalan–amalan lain yang
bertentangan dengan hukum syarak.
1.3 Definisi waqaf
Waqaf dari segi bahasa
bermaksud tahan atau berhenti. Wakaf merupakan salah satu cara ibadah
atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah) menerusi
harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam
yang diizinkan oleh syara’. Dari segi syarak, wakaf ialah apa-apa harta yang
ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli,
pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk
kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T.
Selain itu, Jumhur ulama turut memberikan definisi
waqaf iaitu iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan
serta kekal asetnya dengan memutuskan
guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya sama ada ke arah kegunaan yang harus atau
diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan atas niat kerana mendamping diri kepada
Allah.
Antara dalil yang mensyariatkan waqaf ialah di dalam
surah Al-Baqarah, ayat 261:
Bandingan
orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah
seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan
melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah
Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.
Selain itu, surah Ali ‘Imran, ayat 92 turut menyelitkan keperluan waqaf:
Kamu
sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu
menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dari Abu Hurairah, r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila mati anak Adam, akan terhentilah
amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu
yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya” Hadith Riwayat
Muslim.
1.4
Tujuan waqaf
Tujuan utama waqaf ialah bagi
membantu golongan yang memerlukan, golongan yang ditindas, meningkatkan taraf
hidup , penyebaran ilmu serta sains serta dalam hal-hal pentadbiran masjid
,perpustakaan dan sebagainya.
1.5
Sejarah waqaf
Waqaf wujud sejak zaman
Rasullullah s.a.w apabila Baginda membina masjid Quba’ yang dibina di atas
tanah yang diwaqafkan ketika penghijrahan baginda ke Madinah. Ini juga turut
dilaksanakan semasa pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga turut datang
dari sumber waqaf. Atas semangat
masyarakat Arab terhadap meknisme waqaf telah menggalakkan wujudnya kenyataan
bahawa tradisi masyarakat Arab akan
mewafatkam 1/3 harta mereka sebelum meninggal dunia.
Selain
itu, fakta sejarah menyatakan bahawa 3/4
daripada keluasan tanah Arab merupakan tanah waqaf. Malah, wujudnya
insitutsi wakaf Al-Azhar di Negara Mesir di mana sebuah kementerian khas yang
dinamakan Kementerian Waqaf sehinggakan mampu membiayai program bagi
pembangunan masyarakat seperti hospital, dan Universiti seperti Universiti
Al-Azhar.
1.6
Sejarah waqaf di Malaysia
Bagi
umat Islam di Malaysia, amalan waqaf ini telah lama dijalankan sebelum
kedatangan penjajahan barat. Sebelum tahun 1950-an, kebanyakan harta waqaf banyak digunakan bagi
pembinaan institusi keagamaan seperti pembinaan masjid, madrasah, kubur serta
sekolah agama. Hal- hal pengurusn dikelolakan oleh golongan cerdik pandai Islam
serta pemimpin Masyarakat seperti ketua kampung, lebai, kiyai dan ulama. Banyak
madrasah serta ma’had tahfiz dibina melalui sumber waqaf di negeri-negeri
utara.
1.7
Sejarah waqaf yang
melibatkan tunai
Waqaf dari segi pembinaan bangunan amat popular dahulu namun, waqaf
secara tunai menjadi tarikan kerana ia mampu untuk mebantu orang-orang yang
susah di mana-mana. Dalam sejarah Islam, waqaf
tunai berkembang di zaman Bani Mamluk dan Turki Usmani di
Mesir. Para ulama di zaman dahulu menggunakan
istilah wakaf ad-darahim atau wakaf ad--dananir iaitu wakaf menggunakan wang
dirham atau dinar dalam kehidupan mereka.
Menurut catatan sejarah, amalan wakaf tunai yang
meluas telah Empayar Uthmaniyah di Turki
mencapai kegemilangan dengan bantuan ketika itu sehingga berjaya meringankan
perbelanjaan kerajaan dalam penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan pendidikan,
kesihatan, perbandaran dan seumpamanya kepada masyarakat Turki.
Waqaf tunai atau (waqf Al-Nuqud) ialah waqaf yang
didermakan oleh seseorang atau kumpulan secara tunai. Waqaf tunai termasuk
sekuriti dan wang yang didermakan dalam bentuk waqaf tidak dilarang(jawaz). Waqaf tunai perlu dibahagikan
mengikut lunas syariah Islam. Dana waqaf tidak boleh dipindahkan kepada orang
lain dan perlu dipelihara.
Tujuan waqaf tunai yang dikumpulkan dalam satu tabung, ialah satu amanah di
bawah pengurusan nazir bagi menguruskan waqaf dengan tujuan untuk pembangunan
ummah. Di Malaysia, fatwa yang membolehkan waqaf tunai telah dikeluarkan di
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77
yang bersidang 10-12 april 2007 di Kuala Terengganu.
Imam Az-Zuhri telah memfatwakan bahawa berwaqaf dalam bentuk dinar dan dirham
adalah diharuskan bagi tujaun berdakwah, pendidikan serta kebajikan umat Islam.
1.8
Rukun-rukun waqaf
a)
Wakif (pewakaf).
Di antara syarat-syarat
pewakaf adalah mereka Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin
diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang
ia kehendaki. Mereka mestilah berakal (sempurna akal fikiran) dan waras
pemikirannya dan baligh. Waqaf adalh pilihan sendiri dan tidak dipaksa (ikhtiar
bi nafsih).
b) Mawquf (harta yang diwakafkan)
Harta
yang hendak diwaqafkan perlulah diambil manfaatnya serta mempunyai nilai harga (mutaqawwim). Harta yang diwakafkan itu adalah milik
sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).
c)
Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf).
Orang yang boleh untuk
memiliki harta (ahlan li al-tamlik) ialah orang Islam, merdeka dan kafir zimmi
boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak
sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf.
Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan
diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan
Islam sahaja.
Pernyataan
wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun
isyarat melalui lafaz sama ada secara
soreh atau kinayah. Lafaz soreh
ialah lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya
mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”. Manakala, lafaz kinayah merupakn lafaz yang membawa banyak maksud seperti
“Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.
2.0 Bagaimanakah wakaf boleh diaplikasikan di
dalam takaful?
Untuk mengaplikasikan konsep wakaf di dalam takaful,
satu tabung wakaf perlu ditubuhkan terlebih dahulu oleh pengendali takaful atau
syarikat. Tabung wakaf ini diadakan hasil daripada sebahagian modal syarikat
yang diwakafkan untuk peserta-peserta yang ditimpa musibah mengikut
peraturan-peraturan penggunaan dana. Dana di dalam tabung wakaf ini juga akan
dilaburkan sama seperti model-model yang lain iaitu model mudharabah, model
wakalah ataupun model hidbrid. Jumlah wang yang diwakafkan ini, dilaburkan
berasakan konsep mudharabah di mana keuntungannya dimasukkan ke dalam tabung
khas untuk tujuan pelaksanaan matlamat-matlamat wakaf.
Dana takaful di sini merupakan satu
entiti yang sah di sisi undang-undang yang memungkinkannya memiliki harta dan
melakukan pelaburan serta memberi pemilikan kepada orang lain berdasarkan
peraturan yang ditetapkan. Dana ini tidak dimiliki oleh mana-mana pihak.
Sebarang pihak yang ingin mendapatkan perlindungan takaful boleh menyertai
keanggotaan dana dengan cara melakukan sumbangan mengikut peraturan yang
ditetapkan. Sebarang sumbangan daripada peserta akan menjadi milik dana wakaf.
Sumbangan yang diberikan tidak dikira sebagai harta wakaf, namun dianggap
sebagai hak milik sumber wakaf. Oleh hal yang demikian, jumlah sumbangan
tersebut tidak wajib disimpan sebagaimana wang wakaf. Sumbangan tersebut akan
dilaburkan untuk maslahah dana, dan kemudian dibelanjakan bersama-sama dengan
keuntungan untuk pembayaran pampasan dan tujuan-tujuan wakaf yang lain.
Peraturan-peraturan dana akan
menetapkan syarat-syarat berkaitan hak peserta untuk mendapat pampasan dan
jumlah bayaran penyertaan (sumbangan) untuk setiap jenis insurans.
Syarat-syarat ini juga boleh ditentukan melalui penilaian aktuari seperti yang
diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional. Pampasan yang diberikan
merupakan pemberian khas dana wakaf kerana mereka tergolong dalam golongan yang
diwakafkan untuk mereka seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat wakaf. Dari
sudut hukum, pewakaf berhak mengambil manfaat daripada sumber wakaf jika dia
termasuk dalam golongan yang diwakafkan untuknya. Selain itu, pengambilan
manfaat wakaf ini bukanlah bayaran ganti kepada wakaf yang dilakukannya.
Di samping itu, dana wakaf juga
menpunyai hak mutlak ke atas harta dalam dana mengikut syarart yang telah
ditetapkan dalam peraturan dana. Dana wakaf mengandungi semua harta tersebut
yang terdiri daripada keuntungan wang wakaf dan sumbangan yang dibuat oleh
peserta bersama keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan. Pada masa yang
sama, dana berhak menentukan kedudukan lebihan dana yang berlaku iaitu sama ada
dikekalkan di dalam dana sebagai rizab untuk defisit yang mungkin berlaku pada
tahun-tahun hadapan atau dibahagikan keseluruhan lebihan atau sebahagian
daripadanya kepada para peserta. Lebihan tersebut akan dibahagikan kepada tiga
bahagian:
i.
Satu bahagian
dikekalkan sebgai rizab;
ii.
Satu bahagian
dibahagikan kepada para peserta;
iii.
Satu bahagian
dibelanjakan unutk tujuan kebajikan bagi menzahirkan ciri-ciri danan wakaf.
3.0 Pendapat tentang aplikasi wakaf dalam
takaful
Takaful wakaf bertujuan untuk menyediakan satu
bentuk tabungan untuk memudahkan setiap individu muslim mengumpulkan wang
secara beransur-ansur untuk ditinggalkan sebagai amal jariah sesuai dengan
amalan wakaf. Polisi bagi produk takaful
wakaf adalah penyumbang membayar sejumlah wang pada tempoh yang telah
ditetapkan kepada syarikat untuk penyimpanan. Apabila polisi mencapai tempoh
matang, hasil akan sama ada ditujukan kepada badan amal Islam atau bergantung
kepada pilihan penderma.
Dalam keadaan ini, Ulama Muhammad
Taqi Usmani berpendapat bahawa model wakaf sebenarnya lebih selari dengan
konsep asas Takaful yang menggambarkan rancangan perlindungan berasaskan kepada
hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama
di kalangan peserta. Hal ini demikian kerana dana wakaf adalah dikumpulkan berdasarkan sumbangan
awal daripada modal peserta untuk membantu umat Islam yang memerlukan.
Beliau menganggap dana model wakaf ini sebagai entiti yang sah di sisi
undang-undang sedangkan dana takaful sememangnya mempunyai status entiti
undang-undang.
Sumbagan dana ini bukan berasaskan keuntungan tetapi dikendalikan untuk menjaga
kebajikan bersama di mana penyumbang rela memberikan kepada ahli masyarakat
yang kurang bernasib baik.
Selain itu, melalui aplikasi model
wakaf dalam takaful, isu keesahan dan masalah teknikal dapat dielakkan dan ia
menjadi suatu entiti berasingan dengan wujudnya hak pemilikan ke atas sumbangan
dana tertakluk kepada terma yang telah dipersetujui, khususnya dalam
pengendalian pelaburan, pampasan dan status jumlah yang berlebihan.
Takaful model wakaf ini boleh
menyediakan kemudahan kepada masyarakat khususnya peserta-peserta takaful
supaya mengatur perancangan kewangan mereka agar derma boleh disumbangi melalui
kaedah waqaf kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan tersebut.
Dengan perakuan waqaf, semua jenis perolehan manfaat akan dibayar terus oleh
Takaful kepada institusi yang dinamakan peserta untuk menerima wakafnya.
Melalui pelan Takaful wakaf, peserta mampu mewakafkan perolehan manfaat
takafulnya sebagai jariah yang bakal ditinggalkan apabila peserta meninggal
dunia.
Ulama mempunyai beberapa pendapat
mengenai amalan wakaf jenis ini. Secara umumnya di dalam ibadah wakaf, Ulama
Fiqh telah bersepakat bahawa harta wakaf itu hendaklah sesuatu yang bernilai,
jelas dan diketahui tentang harta tersebut serta dimiliki sepenuhnya oleh
pemiliknya. Pembentukan takaful
berasaskan wakaf bergantung pada beberapa perkara berkaitan hukum wakaf.
Majoriti ulama iaitu fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan sebahagian fuqaha mazhab
Hanbali bersepakati bahawa wakaf wang adalah hukum harus.
Dalam model wakaf, pengendali
takaful akan bertindak sebagai pengurus wakaf dan berhak untuk menerima bayaran
ke atas perkhidmatan urusan tersebut. Justeru, sebahagian jumhur ulama merisau
masalah mungkin timbul ke atas pengedalian wakaf dalam takaful. Upah atas kerja
yang dikenakan oleh pengendali takaful tidak boleh sesekali disamakan dengan
pengurusan wakaf.
Ini kerana dasar pengurusan wakaf bukan bertujuan untuk mengambil keuntungan
daripada upah pengurusan, sebaliknya syarikat takaful bertujuan menjana
keuntungan daripada upah yang dikenakan. Oleh yang demikian, jumlah atau kadar
upah yang akan dikenakan atas pengurusan wakaf mesti dijelaskan kepada peserta
yang ingin menyumbang.
Di dalam Kitab Al-Wasoya Wal-Awqof
yang ditulis oleh Dr. Muhamad Kamaluddin Imam, menyatakan bahawa Ulama’ Fiqh
dengan jelas telah membahagikan harta wakaf kepada dua bentuk iaitu harta alih
dan harta tak alih. Walaupun terdapat perselisihan pendapat di atas penerimaan
harta alih untuk dijadikan sebagai harta wakaf akan tetapi Jumhur Ulama’ iaitu
Mazhab Syafie, Hanafi, dan Hambali mengharuskan wakaf manqul berasaskan kepada
kenyataan bahawa semua harta yang harus dijual dan boleh mendatangkan manfaat
dan kekal zatnya, maka boleh diwakafkan.
Namun demikian, Mazhab Hanafi hanya
mengharuskan wakaf harta alih pada tiga keadaan sahaja dan salah satu
keadaannya ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan di tempat atau negara
untuk dijadikan harta wakaf seperti wang tunai, harus diwakafkan. Manakala
Mazhab Maliki berpendapat bahawa harus wakaf dengan menggunakan wang tunai
seperti yang telah disebut di dalam Kitab Muqaddimah Ibnu Ar-Rushd Al-Ka’bi
kerana bagi Mazhab Maliki, tujuan asal wakaf itu adalah untuk mendapat manfaat
daripada harta tersebut.
Secara konklusinya, wakaf model
sebaik-baiknya dalam bentuk wang tunai telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77, di mana ia
adalah dibolehkan dalam Islam. Namun
demikian, masalah untuk pengaplikasian konsep ini kemungkinan disebabkan dalam
konteks Malaysia, penggunaan wang tunai dalam ibadah wakaf ini masih baru untuk
diperkenalkan kepada masyarakat sebagai bekalan dan amalan untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT.
4.0 Adakah Malaysia
mengaplikasikan model waqaf dalam takaful?
Ya,
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang pernah mengaplikasikan model waqaf
dalam takaful di samping negara-negara lain seperti Pakistan, Iran dan Mesir.
Syarikat Takaful yang pertama di Malaysia iaitu Syarikat Takaful Malaysia
Berhad yang ditubuhkan pada 29 November 1984 merupakan perintis kepada produk
waqaf dalam industri takaful di Malaysia. Pelan Takaful Waqaf telah
diperkenalkan oleh Syarikat Takaful Malaysia bermula pada tahun 1997 yang
menggabungkan produk Takaful di bawah kontrak Mudharabah dengan wakaf tunai
diperkenalkan. Ia telah memberi manfaat kepada golongan petani, nelayan, orang
kurang upaya, anak yatim, orang tua dan pelajar-pelajar kurang bernasib baik
dan lain-lain.
Perniagaan
takaful boleh dibahagikan kepada dua iaitu Perniagaan Takaful Am dan Perniagaan
Takaful Keluarga. Perniagaan Takaful Am merupakan sejenis skim perlindungan
untuk harta benda yang dilindungi apabila kerugian atau kerosakan akibat
daripada kejadian atau risiko tertentu, manakala Perniagaan Takaful Keluarga adalah pelan
perlindungan bagi melindungi orang yang dilindungi apabila berlaku sesuatu
kematian atau lain-lain bencana. Contoh skim perlindungan di bawah Perniagaan
Takaful Am adalah seperti Skim Takaful Kebakaran, Skim Takaful Kemalangan Diri,
Skim Takaful Pelajar Sekolah-Sekolah Malaysia, Skim Takaful Pemilik Rumah dan
Isi kandungan Rumah dan lain-lain lagi. Contoh pelan perlindungan di bawah
Perniagaan Takaful Keluarga pula termasuklah Pelan Takaful Keluarga, Pelan
Takaful Sihat, Pelan Takaful Siswa dan Pelan Takaful Waqaf.
Pelan
Takaful Waqaf ini merupakan salah satu cara lain untuk kita menggunakan harta
kita ke jalan Allah selain daripada menunaikan zakat dan bersedekah. Pelan ini
amat mudah dan praktikal kerana golongan yang berpendapatan rendah juga boleh
menggunakan Pelan Takaful Waqaf ini. Ini adalah kerana objektif Pelan Takaful
Waqaf adalah untuk memberi peluang kepada umat Islam untuk menghulurkan
sumbangan di samping berbelanja. Syarikat Takaful Malaysia ada menyediakan satu
pelan di mana peserta boleh menghulurkan sumbangan serendah RM10 sebulan selama
5 tahun melalui potongan gaji atau arahan tetap bank atau tunai atau cek dengan
menamakan penerima wakaf yang akan menerima sumbangan tersebut.
Berikut merupakan proses
bagaimana Pelan Takaful Waqaf ini dijalankan oleh Syarikat Takaful Malaysia:
1.
Peserta
membayar wang sumbangan (mauquf) kepada Takaful Malaysia (mudharib).
2. Peserta
perlu menentukan secara khusus pihak yang akan menerima wang yang akan
diwaqafkannya.
3. Caruman
takaful yang dibayar akan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful Keluarga.
4. Wang
caruman akan dibahagikan dua untuk dimasukkan ke dalam Akaun Peserta (AP) dan
Akaun Khas Peserta (AKP)
5. Sumber
pertama wang tunai yang akan diwaqafkan ialah bahagian keuntungan yang akan
dikreditkan ke dalam Akaun Peserta (AP) berasaskan prinsip mudharabah.
6. Sumber
kedua pula perolehan yang akan dibayar daripada Akaun Khas Peserta (AKP) yang
menyerupai bayaran khairat kematian yang akan dikeluarkan jika ditakdirkan
peserta meninggal dunia sebelum genap tempoh penyertaan.
7. Sumber
ketiga adalah daripada lebihan/keuntungan aset ke atas liabiliti Akaun Khas
Peserta (AKP) mengikut penilaian aktuari yang dibuat secara tahunan dan dibayar
apabila tempoh penyertaan matang.
8.
Peserta
tidak lagi mempunyai apa-apa hak ke atas perolehan manfaat yang akan dibayar
samada peserta terbabit meninggal dunia sebelum genap tempoh matang, atau
perolehan semasa matang atau perolehan serahan kerana peserta menamatkan
penyertaan sebelum cukup tempoh matang.
9. Takaful
Malaysia akan membayar kepada institusi yang dinamakan peserta untuk menerima
wakafnya.
Walaubagaimanapun,
Pelan Takaful Wakaf yang pernah diperkenalkan dan diaplikasikan di bawah Syarikat
Takaful Malaysia Berhad ini tidak lagi meneruskan pelan wakaf ini semenjak dari
tahun 2001 lagi kerana sifatnya yang tidak
berorientasikan keuntungan yang menjadikannya kurang popular, namun kelebihan
penggunaannya adalah banyak. Namun, penjelasan di atas adalah bagi menunjukkan
dengan lebih jelas lagi secara praktikalnya bagaimana proses pemakaian model
wakaf ini di dalam bidang takaful. Walaupun Pelan Takaful Wakaf oleh Syarikat Takaful Malaysia telah
tidak diteruskan lagi, Hong Leong MSIG Takaful nampaknya sedang merancang untuk
membangunkan semula model waqaf dalam bidang takaful ini. Diharapkan semoga
model wakaf dalam takaful ini dapat dibangunkan semula dengan lebih aktif lagi
kerana ianya memberi banyak manfaat kepada orang yang memerlukan.
5. KELEBIHAN PEMAKAIAN KONSEP WAKAF DALAM TAKAFUL
Takaful berasaskan konsep wakaf
telah dihentikan pemakaiannya di dalam sistem takaful di Malaysia sejak tahun
2001 namun masih diguna pakai di Pakistan dan Afrika Selatan. Walaupun takaful
berasaskan konsep wakaf ini kurang popular di Malaysia, namun terdapat beberapa
kelebihan atau keistimewaan pemakaian konsep wakaf di dalam sistem takaful yang
boleh dilihat. Antaranya ialah:
1. Memberi
peluang kepada umat Islam memberi sumbangan walaupun dengan jumlah yang rendah.
Takaful wakaf memberi peluang
kepada umat Islam untuk mengeluarkan sumbangan walaupun dalam jumlah yang
rendah. Contohnya dengan sumbangan serendah RM10 setiap satu bulan selama 5
tahun melalui beberapa cara seperti potongan gaji, arahan tetap pihak bank,
tunai atau cek dengan menamakan penerima wakaf yang akan menerima sumbangan
tersebut seperti produk Takaful Malaysia yang pernah ditawarkan kepada
pelanggan.
Kelonggaran dari segi amaun yang perlu dikeluarkan oleh peserta tidak
membebankan dan membolehkan peserta menyumbang secara konsisten tanpa bebanan.
2. Bersifat bukan berorientasikan keuntungan.
Jika dibandingkan dengan model
Wakalah dan Mudharabah, model Wakaf adalah model bukan keuntungan yang
beroperasi sepenuhnya daripada sumbangan daripada peserta yang ikhlas ingin
menyumbang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Model Wakaf sesuai
bekerjasama dengan konsep Takaful kerana ia dibangunkan dengan tujuan untuk
kebaikan dan manfaat bersama. Hal ini adalah bertepatan dengan ajaran Islam
yang menuntut umatnya saling membantu bukan sahaja dari segi tenaga, bahkan
dari segi pemberian wang dan harta benda.
3. Peserta
juga layak menikmati sumbangan wakaf yang disumbangkan.
Melalui model Wakaf dalam Takaful,
peserta juga berhak menerima manfaat daripada harta yang diwakafkan jika ia
adalah wakaf am atau peserta itu juga telah mensyaratkan bahawa dia juga berhak
mengambil manfaat daripada dana wakaf tersebut bersama-sama orang lain.
Pewakaf berhak dari sudut hukum untuk mengambil manfaat daripada sumber wakaf
jika dia termasuk dalam golongan yang diwakafkan untuknya.
4. Melaksanakan hasrat peserta
Jika peserta meninggal dunia
terlebih dahulu sebelum tempoh matang pembayaran yang perlu dibuat untuk
menggenapkan jumlah sumbangannya yang tidak sempat dilaksanakannya, baki bagi
menggenapkan jumlah sumbangan itu akan dibayar oleh pemegang dana wakaf
tersebut dan akan diserahkan kepada Penerima Wakaf yang telah dinamakan.
Hal ini bermakna, pengurus takaful wakaf tersebut akan melaksanakan hasrat
peserta yang berniat untuk menyumbang sejumlah sumbangan tersebut walaupun
peserta telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum tempoh matang.
5. Membantu
golongan yang tidak berkemampuan
Produk Wakaf Takaful ini dapat
membantu golongan yang tidak bernasib baik yang terdiri daripada anak yatim,
orang tua, golongan orang kurang upaya, dan golongan masyarakat lain yang tidak
berkemampuan melalui penerima wakaf yang dinamakan. Disamping itu, sumbangan
ini juga dapat membantu dari segi pendidikan pelajar-pelajar yang kurang
bernasib baik, pesakit-pesakit yang menderita yang tidak berkemampuan untuk
mendapatkan rawatan yang baik, menyumbang kepada dana masjid dan surau dan
sebagainya melalui penerima wakaf yang dinamakan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, harta yang boleh
diwakafkan tidak terhad kepada harta yang tidak alih sahaja, malah harta alih
seperti wang tunai juga boleh diwakafkan melalui Wakaf Takaful. Model takaful
berasaskan wakaf ini juga secara tidak langsung menggalakkan masyarakat untuk
berlumba-lumba melakukan amalan sedekah jariah yang sememangnya dituntut dalam
Islam dan member kebaikan kepada penerima wakaf tersebut serta membangunkan
Islam dan umatnya. Walaupun takaful yang menggunakan model wakaf tidak lagi
diguna pakai di Malaysia kerana sifatnya yang tidak berorientasikan keuntungan
yang menjadikannya kurang popular, namun kelebihan penggunaannya adalah banyak.
RUJUKAN
Azman Bin Mohd Noor, Mohamad Sabri Bin
Zakaria, Takaful: Analisis Terhadap Konsep
dan Akad, Jurnal Muamalat Bil 3, (2010).
Mohd Fauzi Mustafa. Kertas Kerja 12:
Peranan Takaful Dalam Penjanaan Wakaf Tunai
Sebagai Produk Baru Wakaf.
Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007
di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
Mohd Fauzi
Mustaffa (2006), Peranan Takaful Dalam Penjanaan Wakaf Tunai Sebagai Produk Baru Wakaf, Konvensyen Wakaf
Kebangsaan 2006, Hotel Legend,
Kuala Lumpur, 12-14 September 2006.
Shakun Ashoka
Raj, Models in Takaful, in Middle East Insurance Revue, 2007.
Sheila Nu Nu
Htay, Hanna Rabittah Zaharin, Critical Analysis on the Choice of Takaful (Islamic Insurance) Operating Models in
Malaysia.
Dr Engku Rabiah
Adawiah Engku Ali, Hassan Scott P. Odierno, Essential Guide to Takaful (Islamic Insurance), Mashi
Publication Sdn. Bhd., 2008, hlm. 55.
Wakaf Tunai
Dalam Hukum Positif Dan Prospek Pemberdayaan Ekonomi Syari’ah1, Drs.Agustianto, M.Ag2. ms 1 20
September 2006.
Review of Islamic Economics, Vol
11, no 1, 2007 page 65.
Dr. Muhammad Imran Usmani, Tkaful, SECP
Takaful Conference, (2007).