Kelebihan Penubuhan
Syarikat Berbanding Perkongsian
1.
1. Status undang-undang
Dari segi status
perundangan, syarikat dianggap sebagai ‘artificial
legal person’ setelah ia diperbadankan yang mana ia mempunyai keupayaan
untuk mendakwa dan didakwa. Hal ini kerana, syarikat dan ahli-ahlinya adalah
dua entiti yang berbeza dan terasing antara satu sama lain. Jika dibandingkan
dengan perkongsian, ia tidak mempunyai status undang-undang yang tertentu.
Malahan, firma adalah bertanggungan terhadap tindakan yang dilakukan oleh
pekongsi yang menjalankan urusan biasa perniagaan.[1]
2.
2. Tanggungan ahli
Dengan statusnya
sebagai entiti yang berasingan daripada ahlinya, ahli kepada syarikat mempunyai
tanggungan yang terhad berbanding perkongsian. Hal ini kerana hutang syarikat
adalah tidak bercampur dengan ahli-ahlinya. Ahli-ahli hanya bertanggungan setakat
syer yang disumbangkannya dan setelah selesai membayar jumlah syer, ahli
syarikat itu tidak lagi mempunyai tanggungan. Namun, dalam perkongsian,
tanggungan ahli adalah tidak terhad dan berkongsi tanggungan dengan rakan
kongsi yang lain. Menurut seksyen 11, setiap rakan kongsi bertanggungan secara
bersama dalam semua hutang dan tanggungan firma.
Selain itu, menurut seksyen 14 Akta Perkongsian 1961,
rakan kongsi juga adalah bertanggungan terhadap tindakan tort yang dilakukan
oleh rakan kongsi yang lain jika perlakuan tort itu dilakukan dalam urusan
biasa perniagaan atau dalam bidang kuasa yang diberi kepadanya. Contohnya di
dalam kes Hamlyn v. Houston & Co.[2],
seorang rakan kongsi firma defendan telah merasuah seorang kerani firma
lain untuk memperolehi maklumat sulit firma berkenaan. Kebocoran maklumat
tersebut telah menyebabkan kerugian terhadap firma itu menanggung kerugian.
Firma itu kemudiannya membawa tuntutan terhadap Housten &Co. untuk ganti
rugi. Mahkamah memutuskan bahawa oleh kerana perlakuan rasuah itu berlaku dalam
urusan biasa perniagaan yang dilakukan oleh rakan kongsi tersebut, maka firma
defendan adalah bertanggungan walaupun maklumat tersebut diperolehi melalui
cara yang salah.
3.
3. Jumlah keahlian
Jumlah keahlian
syarikat yang lebih banyak daripada perkongsian memberi kelebihan kepada
syarikat kerana lebih ramai jumlah ahli, maka lebih banyak modal sumbangan
dapat dikumpulkan. Jumlah keahlian minimum untuk syarikat ialah dua orang
hingga maksima 50 orang bagi syarikat persendirian dan tiada had bagi syarikat
awam memungkinkan lebih banyak modal dapat dikumpul melalui pembelian syer dan
saiz perniagaan adalah lebih besar daripada perkongsian yang mana menghadkan
keahlian kepada jumlah maksima seramai 20 orang dan pengecualian hanya kepada
perkongsian yang menjalankan perniagaan bersifat profesion.[3]
4.
4. Jangka hayat terjamin
Perniagaan berbentuk
syarikat mempunyai jangka hayat yang lebih terjamin jika dibandingkan dengan
perkongsian. Hal ini kerana, jika berlaku kematian ahli atau pengarah syarikat
tersebut, syarikat tidak akan terbubar dengan sendirinya sepertimana yang
berlaku kepada perkongsian melainkan adanya proses penggulungan di bawah Akta
Syarikat 1965. Dalam perkongsian, terdapat suatu peruntukan yang memperuntukkan
mengenai pembubaran perkongsian secara automatik jika berlaku kematian salah
seorang rakan kongsi atau terjadinya bankrap jika tiada perjanjian sebaliknya.[4]
Keburukan Penubuhan
Syarikat Berbanding Perkongsian
1. 1. Prosedur bagi pembentukan
Prosedur bagi
penubuhan perkongsian lebih mudah jika dibandingkan dengan prosedur pemnubuhan
syarikat yang lebih bersifat teknikal. Dalam perkongsian, ia hanya perlu
didaftarkan kepada Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Perkongsian juga boleh wujud secara tidak formal iaitu secara lisan. Namun,
dalam pembentukan syarikat, sebelum membuat pendaftaran nama syarikat harus
direzabkan[5]
yang mana dibuat dalam borang tertentu dan berkesan dalam masa 3 bulan. Penubuhannya
perlulah dilakukan secara formal dan bertulis dengan mengemukakan borang
tertentu iaitu ‘Article of association’
(AOA), ’ memorandum of association’ (MOA) dan mengemukakan deklarasi statutori.[6]
2.
2. Kos Pendaftaran dan Percukaian
Jika dibandingkan
antara yuran pembentukan syarikat dengan perkongsian, yuran pembentukan
syarikat adalah lebih mahal. Hal ini kerana syarikat perlu didaftarkan dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dari segi percukaian, firma perkongsian adaah
tidak tertakluk kepada cukai kerana rakan kongsi akan dicukai secara individu.
Berbanding dengan syarikat, pelbagai cukai tambahan perlu dibayar oleh syarikat
memandangkan syarikat ialah suatu entiti berasingan.
3. 3.
Penzahiran Laporan
Bagi perkongsian,
tiada maklumat perlu dikemukakan kepada Pendaftar Perniagaan. Bagi syarikat
pula, laporan kewangan perlu di audit oleh juruaudit yang bertauliah dan
dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan terutamanya syarikat awam.