Terdapat
beberapa golongan yang tidak dapat mewarisi warisan harta pusaka walaupun harta
itu datangnya daripada keluarganya sendiri. Antaranya ialah:
1. Hamba
Seorang hamba abdi terhalang daripada menerima
apa-apa harta warisan. Hal ini kerana hartanya adalah kepunyaan tuannya. Ini
merangkumi semua jenis hamba tidak kira hamba sepenuh masa atau separuh masa
atau hamba yang bertempoh. Perkara ini boleh dirujuk berdasarkan satu hadis
Nabi s.a.w yang bermaksud “ Hamba itu tidak memiliki melainkan perceraian.”
2. Pembunuh
Barangsiapa yang terbukti melakukan pembunuhan
adalah dihalang daripada menerima harta warisan orang yang dibunuh. Contohnya
seperti anak yang membunuh bapanya tidak layak menerima harta warisan peninggalan
arwah bapanya. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “ Tidak ada pusaka bagi
pembunuh” (hadis riwayat Malik dan Ahmad dari Umar.)
Beberapa
pendapat yang berbeza mengenai pembunuh mengenai pewarisan harta dapat dilihat
iaitu daripada Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali dan Mazhab Syafi’e. Mazhab Maliki
mengatakan pembunuhan yang disengajakan sahaja yang terhalang daripada menerima
pewarisan harta dan jika pembunuhan itu terjadi kerana tidak sengaja, maka
individu tersebut tidak terhalang daripada menerima warisan harta. Berbeza
dengan Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’e berpendapat bahawa segala jenis pembunuhan
sama ada sengaja atau tidak disengajakan adalah terhalang daripada menerima
warisan harta bahkan walaupun ia hanya bertindak sebagai saksi. Contohnya, seseorang
yang menjadi saksi pembunuhan yang mana bapanya adalah pembunuh dan oleh kerana
kesaksiannya itu, bapanya dihukum bunuh/qisas. Di sini, orang tersebut
terhalang daripada mewarisi harta bapanya yang mati dihukum kerana kesaksiannya
itu. Mazhab Hanbali pula berpendapat pembunuhan yang dikenakan qisas,diyat atau
kifarat sahaja yang dihalang daripada menerima warisan harta.
3. Berlainan
agama
Orang
bukan Islam tidak berhak menerima warisan daripada orang Islam, dan begitu juga
sebaliknya. Contohnya, bapa yang masih kafir tidak berhak menerima harta
anaknya yang sudah memeluk Islam. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud “Orang Islam tidak mendapat warisan dari harta orang kafir dan orang
kafir tidak mendapat warisan dari harta orang Islan” (hadis riwayat
Muttafaqun’alaihi).
4. Murtad
Ijma’
ulama telah mengatakan bahawa orang yang murtad yakni yang telah keluar dari
Islam tidak boleh mewarisi harta pusaka. Kesemua harta mereka diletakkan
dibawah pengurusan baitulamal. Imam Malik, Syafi’e dan Hanbali berpendapat
orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang murtad manakala Imam Hanafi
mengatakan orang Islam boleh mewarisi harta orang murtad.
No comments:
Post a Comment